Monday, June 7, 2010

Terdapat emas dan perak di dalam Al-Quran ?

Assalamualaikum dan Salam Ceria buat sahabat sekalian..
Alhadulillah, syukur kita diberikan kesempatan untuk bertemu pada kali ini.
Semoga kita semua berada dalam keadaan sihat, ceria dan sentiasa dirahmati-Nya.




Pada kali ini, saya nak ajak sahabat-sahabat menerokai emas di dalam Al-Quran. Ada ke emas dan perak dalam Al-Quran? Kalau emas perak seketul tu memanglah tiada, tapi perkataan emas dan perak memang ada di dalam Al-Quran. Itulah kelebihan Al-Quran, mukjizat Rasulullah paling utama buat umat Islam. Sungguh lengkap A-Z, keimanan, ibadat, akhlak, muamalat (ekonomi), munakahat (rumah tangga) dan jinayat ( jenayah ), politik, sosial, geografi, sains, matematik, bahasa, sastera dan banyak lagi ilmu-ilmu yang telah ada dan juga ilmu-ilmu yang belum ada lagi!!.

Friday, June 4, 2010

Ucapan Tahniah dari Tun Dr Mahathir



Assalamualaikum dan Salam Ceria buat sahabat sekalian.
Alhamdulillah kita bertemu kembali.
Semoga kita berada dalam keadaan sihat, ceria dan selesa.



Tentu sahabat terkejut dengan tajuk di atas. Saya pun sangat terkejut. Macam tak percaya!

Alkisahnya camni. Beberapa hari yang lepas, saya mendaftar untuk menjadi ahli forum tentang dinar di www.dinar-emas.com. Kemudian, sebagai ahli baru, saya diminta memperkenalkan diri saya. Saya diminta untuk memberikan nama, asal, status, kenapa jadi ahli dan harapan saya. So, saya berikan apa yang diminta. Itulah posting yang pertama dalam forum ni.

Wednesday, June 2, 2010

Penimbang Mudah Alih

Assalamualaikum dan Salam Emas buat sahabat sekalian..
Alhamdulillah kita dapat bertemu kembali. Semoga kita semua sihat ceria dan selamat sentiasa.
Semalam saya ke pejabat Public Gold di Bandar Sunway atas 2 sebab, menambah ilmu emas bersama Pok Ya dan menjual balik 10 dinar. Saya bertolak dari Kota Damansara selepas solat Maghrib tapi disebabkan kesesakan lalulintas di LDP, saya sampai pukul 9 pm lebih. Terlepas seminar keemasan walaupun dapat jual balik 10 dinar. Tapi kami lanjutkan berkongsi ilmu emas di warung mamak.

Tuesday, June 1, 2010

Tukar Nama Domain



Assalamualaikum dan Salam Bahagia buat Teman-teman sekalian
Alhamdulillah, syukur kita dapat bertemu kembali di alam cyber ini

Di sini saya nak maklumkan bahawa saya telah menukar nama domain saya dari www.6dinar.blogspot.com kepada www.d-nar.com berkuatkuasa serta-merta. Saya telah membeli nama domain ini daripada syarikat Jomhosting.net.

Wednesday, May 26, 2010

Beli Emas di Nubex

Assalamualaikum dan Salam Ceria buat teman-teman sekalian
Semoga kita berada dalam keadaan sihat, selamat dan bahagia sentiasa.

Pagi tadi saya ke Nubex di Metropolitan Square, Damansara Perdana (Sebelah Mutiara Damansara). Ape tu Nubex? Nubex adalah ringkasan bagi Nusantara Bullion Exchange, sebuah syarikat bumiputera yang menjadi pengedar tunggal di Malaysia bagi Emirates Gold dan Perth Mint Australia. Untuk maklumat lanjut, teman-teman boleh klik pada nama 3 syarikat tersebut.

Tuesday, May 25, 2010

Beli Jongkong Emas di Poh Kong

Assalamualaikum dan Salam Ceria buat teman-teman sekalian,
Semoga kita semua sihat dan bahagia selalu.
Semalam saya membawa anak saya, Akalili membeli keperluan rumah di Giant, Kota Damansara. Selepas barang-barang keperluan dibeli, lalu saya pun keluar ke kawasan kedai-kedai yang terdapat di situ. Saya terpandang kedai emas Poh Kong (PK) . Sebelum ini, kalau nampak kedai-kedai emas macam ni, saya tak ade ape-ape perasaan, biasa saja. Namun setelah berjinak-jinak dalam perniagaan emas, pantang je nampak kedai emas mesti singgah.

Monday, May 24, 2010

5 Sebab Memiliki Emas

1. Harga emas ketika ini adalah murah.
Walaupun ramai yang merungut harga emas semakin mahal namun hakikatnya harga emas yang sentiasa meningkat dari hari ke hari menyebabkan harga emas pada hari ini sentiasa murah

Related Posts with Thumbnails