Assalamualaikum dan Salam Ceria buat sahabat sekalian.
Alhamdulillah kita bertemu kembali.
Semoga kita berada dalam keadaan sihat, ceria dan selesa.
Tentu sahabat terkejut dengan tajuk di atas. Saya pun sangat terkejut. Macam tak percaya!
Alkisahnya camni. Beberapa hari yang lepas, saya mendaftar untuk menjadi ahli forum tentang dinar di www.dinar-emas.com. Kemudian, sebagai ahli baru, saya diminta memperkenalkan diri saya. Saya diminta untuk memberikan nama, asal, status, kenapa jadi ahli dan harapan saya. So, saya berikan apa yang diminta. Itulah posting yang pertama dalam forum ni.
Setelah selesai, saya pun baca skit posting-posting yang dahulu. Antaranya tentang Acheh telah mengeluarkan dinarnya sendiri. Alhamdulillah, umat Islam semakin sedar tentang kelebihan Dinar dan Dirham berbanding wang kertas.
Sebentar tadi, saya buka kembali web forum tersebut. Saya saje nak tengok, kot-kot ade la org reply posting saya. Kat ruangan dibalas ade sorang membalas. Sape yek? Then saya click kat posting saya...
Alangkah terkejutnya saya.. ucapan tahniah daripada Tun Dr Mahathir, x PM kite yang menggunakan ID chedet. Mula-mula cam tak caya. Kot-kot org menyamar. Kat alam cyber ni banyak penipuan. So saya periksa profile Tun Dr M. Memang benar. Sahabat boleh lihat di sini.
Seperti mana yang kita maklam, Tun merupakan di antara pelopor dalam memerjuangkan Dinar dan Dirham sebagai matawang untuk urusniaga. Sahabat boleh membaca lebih lanjut tulisan beliau tentang dinar di sini.
Terima kasih Tun Dr Mahathir. Walaupun ringkas, ianya amat bermakna buat saya dalam memperjuangkan penggunaan matawang Dinar dan Dirham dalam setiap urusniaga.
Marilah sahabat-sahabat sekalian, kita bersatu dalam perjuangan ini, dalam menegakkan Syiar Islam di atas muka bumi Allah SWT. Kita adalah sebaik-baik umat. Kitalah khalifah di muka bumi ini. Kitalah yang akan mentadbir dunia ini, insyaAllah....
Marilah sahabat-sahabat sekalian, kita bersatu dalam perjuangan ini, dalam menegakkan Syiar Islam di atas muka bumi Allah SWT. Kita adalah sebaik-baik umat. Kitalah khalifah di muka bumi ini. Kitalah yang akan mentadbir dunia ini, insyaAllah....

Tahniah...
ReplyDeletedapat ucapan spesel dr Tun..
untung sembang2 dan bertukar-tukar pendapat tentang emas blh ke www.tokeimas.blogspot.com
ramai rakan-rakan emas kat sana..
tq
wssalam..
Terima kasih Tuan,
ReplyDeleteSecara umumnya tahniah buat pejuang-pejuang matawang dinar dan dirham
Semoga usaha kita diberikan pertolongan dan diberkati Allah Ta'ala