Wednesday, June 2, 2010

Penimbang Mudah Alih

Assalamualaikum dan Salam Emas buat sahabat sekalian..
Alhamdulillah kita dapat bertemu kembali. Semoga kita semua sihat ceria dan selamat sentiasa.
Semalam saya ke pejabat Public Gold di Bandar Sunway atas 2 sebab, menambah ilmu emas bersama Pok Ya dan menjual balik 10 dinar. Saya bertolak dari Kota Damansara selepas solat Maghrib tapi disebabkan kesesakan lalulintas di LDP, saya sampai pukul 9 pm lebih. Terlepas seminar keemasan walaupun dapat jual balik 10 dinar. Tapi kami lanjutkan berkongsi ilmu emas di warung mamak.


Saya juga membeli alat penimbang mudah alih dari Pok Ya. Sebagai dealer emas ni, kita mesti (wajib)ada penimbang. Paling kurang pun penimbang mudah alih yang murah seperti gambar di atas. Kalau sahabat nak tengok video saya menguji berat dinar dan dirham dengan alat ini sila klik di sini.

Baiklah setakat di sini saja. Kita jumpa lagi. Wassalam..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails