Assalamualaikum dan Salam Emas buat sahabat sekalian..
Alhamdulillah kita dapat bertemu kembali. Semoga kita semua sihat ceria dan selamat sentiasa.
Semalam saya ke pejabat Public Gold di Bandar Sunway atas 2 sebab, menambah ilmu emas bersama Pok Ya dan menjual balik 10 dinar. Saya bertolak dari Kota Damansara selepas solat Maghrib tapi disebabkan kesesakan lalulintas di LDP, saya sampai pukul 9 pm lebih. Terlepas seminar keemasan walaupun dapat jual balik 10 dinar. Tapi kami lanjutkan berkongsi ilmu emas di warung mamak.Alhamdulillah kita dapat bertemu kembali. Semoga kita semua sihat ceria dan selamat sentiasa.