Assalamualaikum dan Salam Ceria buat teman-teman sekalian,
Semoga kita semua sihat dan bahagia selalu.
Semalam saya membawa anak saya, Akalili membeli keperluan rumah di Giant, Kota Damansara. Selepas barang-barang keperluan dibeli, lalu saya pun keluar ke kawasan kedai-kedai yang terdapat di situ. Saya terpandang kedai emas Poh Kong (PK) . Sebelum ini, kalau nampak kedai-kedai emas macam ni, saya tak ade ape-ape perasaan, biasa saja. Namun setelah berjinak-jinak dalam perniagaan emas, pantang je nampak kedai emas mesti singgah.Ok, sambung balik. Then, saya tanya pak guard tentang jongkong emas. Lalu dia tunjukkan arah di antara pameran barang-barang kemas. Saya pergi tengok, ada dua buah gold bar. Kemudian kakitangan PK datang tanya. Saya kata nak tengok gold bar tu, comelnye kerana bentuknya kecil yang kiut miut. Beratnya 1 gram ketulenan 999. Harganya RM 166.00, agak mahalkan sebab harga pasaran dalam RM 137.
Pekerja tu kata harga termasuk kos upah. Menurutnya lagi kalau atas 20g baru takde kos upah. Bagi saya no komen sebab mungkin ada (Perlu tanya kepada yang tukang buat). WAllahu a'lam.
Walaupun mahal saya beli juga sebagai koleksi peribadi. Then saya pun temuramah dengan pekerja tu, nak tanya maklumat lanjut tentang gold bar(gb) ni. Kalau gb ni dijual balik kepada mereka, susut nilai dalam kurang 15% dengan syarat berikut :
- Pelapik plastik tidak dibuka
- Ada resit pembelian
Bagi saya, jongkong emas PK boleh dijadikan sebagai koleksi berbanding simpanan kerana harganya yang mahal sedikit daripada harga pasaran. WAllahu a'lam
Kalau ada teman-teman ada info atau teguran bolehlah dihantar ke ruangan komen. Terima kasih
Selamat Hari Raya, saya rasa elok tuan beli gb selain dari PK, seperti Kijang Emas kerana spread nya kecil.
ReplyDeletePK ada sedikit masalah untuk jual semula.