Wednesday, May 26, 2010

Beli Emas di Nubex

Assalamualaikum dan Salam Ceria buat teman-teman sekalian
Semoga kita berada dalam keadaan sihat, selamat dan bahagia sentiasa.

Pagi tadi saya ke Nubex di Metropolitan Square, Damansara Perdana (Sebelah Mutiara Damansara). Ape tu Nubex? Nubex adalah ringkasan bagi Nusantara Bullion Exchange, sebuah syarikat bumiputera yang menjadi pengedar tunggal di Malaysia bagi Emirates Gold dan Perth Mint Australia. Untuk maklumat lanjut, teman-teman boleh klik pada nama 3 syarikat tersebut.



Di sana saya telah membeli 1 gram gold bar Emirates Gold (gambar di atas) dan 10 keping 1 dirham DGE. Harga emas tersebut adalah RM 200.00. Wow !! Mahalnye. Kalau Poh Kong kata sebab kos upah, yang ini sebab minting (kira sama ke?) En. Bakhtiar adalah salah seorang pengurus syarikat Nubex yang saya jumpa untuk mendapatkan maklumat tentang emas. Beliau berkata, lagi kecil emas lagi mahal kos mintingnya.

Kerana dalam proses membuat emas, sebilangan kecil emas menjadi wap ketika proses pencairan, debu-debu emas akan berterbangan ketika proses pengilatan. Sebab itu tukang emas akan merendam kain lap mereka dengan asid pada satu-satu ketika dan debu-debu emas akan termendap di dalam bekas. (btul tak tukang emas?) Rugi la tak buat camtu sebab 1 gram emas = RM 100 lebih.

Satu lagi sebab mahal ialah mungkin kerana ianya dibuat di Dubai. Oleh itu, kos pengangkutan, insurans dan sebagainya perlu diambil kira.

Gold bar yang ada di jual di sini adalah Emirates Gold Bar (1g, 2.5g, 5g, 10g dan 20g), Dinar Muslim (1 dinar, 2 dinar dan 8 dinar).

WAllahu a'lam

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails