Sesi Pertama
Pada 17/4/2010, saya hadiri satu seminar secara tidak sengaja tentang emas yang disampaikan oleh
Master Dealer Pok Ya. Beliau begitu bersemangat untuk berkongsi ilmu emas beliau kepada para pendengar. Alhamdulillah, banyak ilmu dan tip-tip yang saya perolehi daripada seminar ini. JazakAllahu khairan kathira.

Sebelum Pok Ya datang, time saya dok tunggu resit dicetak, ternampak la benda di atas ni dok tengah2 bilik seminar. Inilah first time nampak alat penimbang dan menguji kualiti emas yang serba canggih. Harganya pun beribu2 hinggit. Time tu saya amik stok ejen (takut gak sebab emas bernilai RM38k dok dalam poket seluar). Apalagi, saya terus uji beberapa stok seperti dinar dan syiling (gambar di atas). Bukan tak percaya tapi nak tambah keyakinan, almaklumlah, first time beli emas... zero..tak tau pape. Gambar di atas menunjukkan syiling emas yang ditimbang dengan penimbang ini bahawa bacaan 24 karat (999.9)... yakin..yakin.. yakin. Kene ada satu alat ni kat rumah :)

Company Founder and Chairman, Louis Ng pun ade time seminar.
Klik di sini untuk mengetahui biodata beliau.
Sesi ke-2

Pada keesokan harinya, Master Dealer,
En. Syukor memberikan seminar tentang emas. 3 tajuk atau /point yang beliau utarakan 1)Kenapa emas? 2) Kenapa Berniaga Emas? 3) Kenapa Public Gold ? Nak tau jawapannya ? Nanti saya kongsikan bersama pembaca. Blog beliau juga banyak memberikan maklumat dan tip2 yang berkaitan dengan pelaburan emas -
jutawanemas.com. Terima kasih buat Sifu, JazakAllahu khairan kathira.
Sesi Ke-3

Tanggal 16/5/2010, Sifu Syukor sekali lagi mengadakan seminar perniagaan emas di pejabat Public Gold di Bandar Sunway. Tapi disebabkan sesuatu berlaku (lambat keluar rumah + tunggu kawan), saya terlewat. Masuk je bilik seminar....."kesimpulannya.."(tengoklah gambar di atas).
Master Dealer Pok Li pun ada berkongsi ilmu dengan para hadirin tentang perniagaan emas. Tq Pok Li, Jazakallahu khairan kathira

Tapi yang best nye, ramai yang datang. Adakah boleh guna formula ni > emas naik = ramai datang, emas turun = tak ramai datang ?
Formula baru > Ramai orang = banyak soalan = banyak jawapan = bertambah ilmu = bertambah rezki. insyaAllah...
Alhamdulillah. Terima kasih buat yang bertanya dan yang menjawab (Sifu Syukor dan Pok Li), Jazakumullahu khairan kathira...
Setakat di sini dahulu coretan saya yang x seberapa. Terima kasih kerana sudi membaca..
-Hilmi-
No comments:
Post a Comment