Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Semoga para pembaca berada dalam keadaan sihat sejahtera bersama keluarga tercinta. Alhamdulillah dapat kita bertemu tanpa bersemuka di alam maya yang serba canggih ini.
Perkara yang pertama dan utama apabila kita bertemu - berkenalan. Nama saya Hilmi Haniz b Muhammad berasal dari Negeri Sembilan. Lahir di Seremban pada tahun 1981. Kemudian saya menetap di Selangor sehingga sekarang. Buat masa ni saya tinggal bersama keluarga di Kota Damansara, Petaling Jaya.
Saya sudah berumahtangga dengan isteri tersayang bernama Aminah Hazami bt Ab Kadir (ore kelate). Alhamdulillah, setakat ini kami telah dikurniakan 2 orang anak, Akalily Hanany dan Aqief Haqiqie.
Saya mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah Islamiah di Universiti Al-Azhar, Mesir pada tahun 2008.
Sekarang saya bertugas sebagai seorang Guru Bahasa Inggeris dan Mental Aritmatik di Sekolah Rendah Islam Integrasi Al-Faizeen, Kota Damansara.
Pada bulan April 2010, saya telah menjadi pengedar emas bagi Syarikat Public Gold di bawah rangkaian En. Syukor, Master Dealer. Nama saya terdapat di dalam senarai dealer di dalam blog beliau (klik di sini)
Minat saya dalam emas bermula setelah melihat kepada hakikat wang kertas yang kita gunakan sekarang. Ianya hanyalah kertas (mungkin bernilai 10 sen) yang dijamin nilainya oleh kerajaan.
Di atas kesedaran ini, saya ingin membantu masyarakat terutama umat Islam supaya menyimpan dan mengumpul kekayaan mereka dengan menyimpan emas dan perak.
Semoga pertemuan kita di sini melahirkan ikatan persahabatan yang kukuh kekal selama-lamanya..
-Hilmi Haniz b Muhammad-

No comments:
Post a Comment