Petikan daripada : Harakahdaily.net
Salmah Mat Husain, Foto: Rizal Tahir
KOTA BHARU, 29 Ogos: Selepas Persatuan Tahfiz al-Quran Malaysia (Permata) bercadang untuk membayar gaji kakitangannya menggunakan Dinar dan Dirham, Guru-guru Pasti Kelantan juga turut menerima Dirham sebagai bayaran elaun bulanan mereka.
Mereka telah menerima elaun bulanan berupa tiga keping Dirham yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa.




